Kes pembunuhan pesara pegawai kewangan Felcra di Baling, Sabari Baharom, 62, yang hilang sejak 4 September lepas mendapat perhatian masyarakat.
Sebelum ini keretanya dijumpai hangus terbakar dan terbaru, hasil siasatan terhadap dua lelaki yang ditahan mendapati motif pembunuhan itu adalah kerana mangsa cam muka suspek.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata niat suspek adalah untuk menyamun namun kerana wajah mereka dicam oleh mangsa membuatkan mereka bertindak kejam.
Tangan mangsa diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak hidup-hidup ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu.
“Perbuatan mereka itu selepas mangsa cam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh),” kata Fisol.
Terdahulu, polis mengesahkan operasi pencarian Sabari yang meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap dihentikan pada petang semalam selepas tidak menemukan sebarang petunjuk.
Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, berkata dia dan keluarga pasrah dan reda dengan ketentuan Allah SWT. Bagaimanapun mereka sekeluarga berpuas hati dengan usaha pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan sungai, tempat mangsa dipercayai dicampak.
Saya berpuas hati la dengan usaha mereka (pasukan penyelamat) atas kemampuan mereka dalam operasi mencari suami saya. Jika jasadnya ditemukan, Alhamdulillah, tetapi jika tidak, tidak mengapa, itu semua ketentuan Allah.
Tambahnya, sebelum ini pihak berkuasa sudah menjelaskan bahawa kemungkinan jasad suaminya ditemukan, adalah sesuatu adalah tipis apatah lagi banjir besar berlaku di kawasan itu selama kira-kira seminggu, diikuti pula banjir lain selama empat hari jadi arus deras boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan,