Polis Dedah Pengarah Ejen Ali Dipercayai Minta Isteri Hentikan Kereta, Lari & Melompat Ke Sungai

Berita

Polis Dedah Pengarah Ejen Ali Dipercayai Minta Isteri Hentikan Kereta, Lari & Melompat Ke Sungai

Berita pemergiaan pengarah animasi Ejen Ali iaitu Allahyarham Andi Abdul Ghani Kadir sememangnya membuatkan ramai yang terkejut, lagi-lagi arwah baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isteri pada 16 September lalu.

Kronologi kematian pengarah Ejen Ali

Sebelum ini, netizen sempat mempertikaikan kesahihan laporan mengatakan arwah Andi melompat ke dalam sungai Kampung Batu Puteh, Kinabatangan.

Advertisement

Susulan itu, Superitendan D Ravi yang merupakan Ketua Polis Kinabatangan akhirnya menjelaskan sedikit berhubung kronologi kejadian yang menimpa arwah.

pengarah ejen ali maut

 

Menurut Ravi, kejadian berlaku sewaktu Andi dan isteri sedang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, tetapi secara tiba-tiba pengarah Ejen Ali tersebut menyuruh isteri menghentikan pemanduan berdekatan sebuah jambatan.

Hidap ‘penyakit misteri’

Setelah keluar daripada kereta, Andi dipercayai meluru ke arah sungai sebelum dilaporkan hilang.

pengarah ejen ali maut

Mengenai dakwaan yang mengatakan pasangan itu bertengkar sebelum kejadian berlaku adalah tidak benar, sebaliknya arwah dikatakan menghidap ‘penyakit misteri’ sebelum mengambil tindakan sedemikian.

pengarah ejen ali
2025-09-25 12:19:57

Baru Nikah Minggu Lepas, Pengarah Kartun Ejen Ali Ditemui Meninggal Selepas Dilapor Hilang Di Sungai Kinabatangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...