Hubungan singkat yang terjalin melalui media sosial dilihat sebagai faktor penyumbang kepada peningkatan jenayah seksual dalam kalangan remaja di Perlis.
Menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis, kes jenayah seksual meningkat sebanyak 31 peratus dalam tempoh dua tahun, dengan 51 kes dicatatkan pada tahun lalu berbanding 39 kes pada 2023.
Hubungan suka sama suka

gambar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim memaklumkan bahawa kebanyakan jenayah seksual yang melibatkan pelajar berpunca daripada hubungan suka sama suka antara suspek dan mangsa.
Dalam hal ini, 98 peratus kes yang dilaporkan membabitkan hubungan suka sama suka antara suspek dan mangsa yang masih di bawah usia, termasuk kes murid perempuan berusia antara 12 hingga 16 tahun hamil dan melahirkan anak.
Punca utama adalah salah guna media sosial untuk berkenalan dan membina hubungan yang akhirnya membawa kepada salah laku jenayah seksual.

gambar hiasan
Katanya, peningkatan kes tersebut menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid agar tidak mudah terperangkap sebagai mangsa atau pelaku jenayah, dan semua pihak harus memberi perhatian serius terhadap situasi ini.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.