Polis Dah Ada Senarai Nama Selebriti Terlibat Macau Scam, Minta Tampil Beri Kerjasama

Trending

Polis Dah Ada Senarai Nama Selebriti Terlibat Macau Scam, Minta Tampil Beri Kerjasama

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Datuk Seri Azam Baki tampil memaklumkan bahawa terdapat beberapa selebriti dan ahli perniagaan dipercayai terlibat sama sehingga terbongkarnya aktiviti ‘cuci’ duit haram.

Menerusi laporan Harian Metro, SPRM kini tidak mahu membuat sebarang spekulasi atau kenyataan siapa yang akan dipanggil untuk memberi keterangan selepas ini.

Advertisement

“Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil, namun siapa yang makan cili pasti rasa pedas. Dalam kes sebegini, ada juga sindiket yang bertindak sebagai peminjam seperti along kepada individu berkenaan. Dari segi luaran, perniagaan itu mungkin nampak ia adalah sah melalui perolehan perniagaan tetapi ia adalah sebaliknya,”

Ujarnya lagi, terdapat beberapa selebriti dan ahli perniagaan yang berada dalam radar agensi sindiket penipuan Macau Scam serta judi dalam talian.

Tidak kurang juga, SPRM menyeru orang ramai untuk tampil beri kerjasama andai pernah menerima wang daripada mereka. Malah, pihaknya juga difahamkan sudah mempunyai senarai nama individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut.

Dalam pada itu, SPRM juga meminta agar orang ramai bersabar kerana mereka masih lagi mengesan beberapa aset yang dipercayai sudah digubah.

Untuk rekod, individu yang mungkin pernah menerima dana daripada mereka yang ditahan itu diminta tampil sebelum mereka dipanggil.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) difahamkan telah menahan seramai lima orang anggotanya yang dipercayai terlibat dengan sindiket wang haram geng ‘Macau Scam’.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...