Polis Cedera, Patah Jari Tangan Dihentak Botol Kaca

Trending

Polis Cedera, Patah Jari Tangan Dihentak Botol Kaca

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan beberapa anggota polis dan pihak berkuasa telah diserang sekumpulan individu lelaki. Lebih mengejutkan apabila kumpulan berkenaan telah

Tular baru-baru apabila seorang polis difahamkan cedera selepas diserang sekumpulan individu lelaki dan bertindak memecahkan botol kaca selain menumbuk pegawai bertugas.

Advertisement

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku ketika anggota polis, pihak Majlis Daerah Kota Bharu-Bandaraya Islam (MDKB-BRI) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan tugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah kedai shisha di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.

Pergelutan itu berlaku selepas pihak berkuasa tampil memperkenalkan diri. Namun secara tiba-tiba, pihaknya didatangi sekumpulan individu dan bertindak agresif dengan memecahkan botol kaca dan mula menyerang.

“Sebaik lihat mereka bertindak agresif, kami diarahkan untuk menangkap kumpulan itu namun mereka bertindak menumbuk, mencakar dan cuba mencederakan pegawai menggunakan botol kaca,”

Sementara itu, menurut Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat di Kampung Perupok, kesemua yang ditangkap akan ditahan reman selama empat hari.

Bagaimanapun, pihak polis difahamkan masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Polis berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai, seorang lagi rakan mereka berjaya ditangkap pada 3.40 pagi tadi di Machang,”

Susulan kejadian, Inspektor N Indra Nahu telah luka di muka apabila ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli pula patah jari tangan kanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 186 KK kerana mencederakan anggota polis serta menghalang tugas penjawat awam.

Sumber: Harian Metro, Malaysiakini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...