Polis Cari Individu Pakai Gelang ‘Pink’ Masuk Farmasi, Dipercayai Langgar Arahan Kuarantin Wajib

Trending

Polis Cari Individu Pakai Gelang ‘Pink’ Masuk Farmasi, Dipercayai Langgar Arahan Kuarantin Wajib

Tiga orang individu termasuk seorang wanita memakai gelang berwana merah jambu didapati masuk ke dalam sebuah farmasi di Puchong pada Khamis lalu, lapor Astro Awani.

ACP Abd Khalid Othman selaku Ketua Polis Daerah Subang Jaya berkata salah seorang daripada individu tersebut telah memasuki premis berkenaan pada jam 11.20 melalui siasatan daripada penyelia farmasi berkenaan.

Advertisement

1 year lalu

Selamba Keluar Rumah Dengan Gelang 'Pink', Lelaki Dikompaun Serta-Merta

“Seorang lelaki telah masuk ke dalam farmasi tanpa mengimbas qr code di aplikasi MySejahtera dengan memakai gelang berwarna merah jambu untuk membeli ubat dan dua individu lain menunggu di luar premis tersebut”

Walau bagaimanapun, lelaki yang masuk ke dalam farmasi berkenaan diarah keluar oleh pekerja farmasi dan beredar tanpa membuat sebarang pembelian.

Dalam pada itu, empat pekerja farmasi yang bekerja pada hari itu diarah untuk kuarantin diri di rumah masing-masing sebelum membuat ujian swab test.

Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu berkenaan dipercayai telah melanggar arahan kuarantin wajib yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan usaha untuk mengesan kesemua individu berkenaan masih dijalankan.

Advertisement

Susulan itu, polis mengeluarkan kompaun terhadap premis berkenaan kerana gagal memastikan pelanggan risiko rendah untuk masuk ke dalam premis.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...