Polis Cari Dua Remaja Kelantan Terlibat Kejadian Belasah Dan Sepak

Trending

Polis Cari Dua Remaja Kelantan Terlibat Kejadian Belasah Dan Sepak

Dua remaja perempuan dari Kelantan kini menjadi perhatian polis setelah video mereka menolak dan menyepak seorang mangsa perempuan tular di laman sosial.

Menerusi posting video di laman Facebook IRDK Kelantan, ia menjadi menjadi perhatian pihak polis dan anggota polis sedang giat mengesan dua orang remaja perempuan berkenaan di sekitar Tanah Merah, Kelantan.

Advertisement

Berdasarkan video yang berdurasi 30 saat itu, kelihatan jelas mangsa telah ditarik tudungnya dan dipukul dengan teruk. Mangsa sekali lagi dibelasah oleh remaja lain tetapi dia tidak melawan.

dua remaja jadi perhatian polis

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan atau laporan berkaitan kes yang sedang tular itu.

Mangsa juga masih belum dikenal pasti dan aktiviti mencari individu yang terlibat dengan keganasan itu sedang giat dilakukan.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...