Polis Buka Dua Kertas Siasatan Atas Video Hina PDRM Dan ATM

Trending

Polis Buka Dua Kertas Siasatan Atas Video Hina PDRM Dan ATM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memberitahu pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berhubung dua video wawancara melibatkan pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang juga dikenali sebagai Asri Janggut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dua video itu ialah wawancara di Facebook Sinar Harian yang bertajuk ‘Isu Judi: Fitnah atau Realiti’ dan wawancara bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Advertisement
Kedua-dua video berkenaan kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman kerana mempunyai unsur jelik serta penghinaan terhadap pihak berkuasa.

Huzir memberitahu polis telah mengenal pasti kesemua saksi yang akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

“Individu yang diwawancara, penganjur wacana atau wawancara serta mereka yang lain di sebalik penghasilan video-video itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat.” 

BERNAMA - Video hina PDRM, ATM: Polis buka dua kertas siasatan

Menurutnya lagi tindakan yang dilaksanakan itu adalah berlandaskan undang-undang dan tiada individu yang akan terlepas sekiranya dengan jelas mereka didapati mencabuli undang-undang yang berkuat kuasa di negara.

Peniaga burger itu menjadi perhatian masyarakat selepas mendedahkan kegiatan perjudian dan perniagaan yang dijalankan warga asing di Sungai Buloh yang menurut dakwaannya telah dilindungi pihak berkuasa.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...