Polis Buat Siasatan Selepas Terima Dua Laporan Isu Menteri Hal Ehwal Agama Didakwa Langgar PKP

Trending

Polis Buat Siasatan Selepas Terima Dua Laporan Isu Menteri Hal Ehwal Agama Didakwa Langgar PKP

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang lelaki telah berkongsikan satu salinan laporan polis yang dibuat kepada Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Di dalam laporan itu, dia mendakwa Dr Zulkifli telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak menjaga penjarakan sosial.

Seperti yang kita semua ketahui, Dr Zulkifli sering memuatnaik aktiviti yang dilakukannya menerusi akaun media sosial miliknya. Perkara ini telah menyebabkan ada yang mengambil kesempatan membuat laporan polis berdasarkan perkongsiannya sejak kebelakangan ini.

Advertisement

dr zulkifli

Individu tersebut mendakwa Dr Zulkifli telah melanggar arahan PKP antaranya seperti aktiviti menghantar surat kepada pegawai kanan JAKIM secara peribadi. Di mana gambar tersebut turut dikongsikan di media sosial pada 31 Mac yang lepas.

Selain itu, beliau juga didakwa sekali lagi tidak menjaga jarak dalam dua mesyuarat berasingan pada 13 dan 14 April di pejabatnya di Putrajaya. Laporan itu juga menyebut Dr. Zulkifli dilihat berada dalam satu kenduri bersama pegawainya selepas program menyampaikan bantuan kepada Orang Asli di pedalaman Terengganu.

Polis kini mengesahkan telah menerima dua laporan yang dikemukakan mengenai isu ini. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya kini telah membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) untuk tujuan siasatan awal.

dr zulkifli

“Buat masa ini, hanya rakaman percakapan pengadu diambil berhubung perkara tersebut. Keterangan bagi pihak lain akan diambil setelah mendapat arahan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.”

Di dalam laporan yang dibuat oleh individu itu, dia mendakwa membaca page Facebook akaun Dr Zulkifli Al-Bakri yang memuat naik pelbagai aktiviti dilakukan sejak dilantik menjadi Menteri Agama. Dalam laporan itu juga, individu berkenaan menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...