Sekitar jam 10 pagi tadi, satu perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ berlaku di sekitar Dataran Merdeka melibatkan sekumpulan individu dengan memakai pakaian serba hitam.
Kumpulan individu berkenaan berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dengan membawa bendera hitam.
Memetik laporan Harian Metro, perhimpunan itu turut dikawal oleh pihak polis selain menutup beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka sejak pagi dan kawalan udara menggunakan helikopter.
Selain memakai pakaian serba hitam, kumpulan individu berkenaan juga membawa replika jenazah selain sepanduk sebagai protes terhadap kerajaan.
Meninjau ke laman sosial, hashtag #Lawan menjadi trending dan menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.
A heavy police presence is seen in the vicinity of Dataran Merdeka as the city gears up for the 'Keluar dan #Lawan' protests slated for today.
At approximately 10am a single Black Maria is seen entering the historic grounds.
MORE TO FOLLOW pic.twitter.com/gZyD1awKO1
— TheVibes.com (@thevibesnews) July 31, 2021
Berlaku kekecohan di Dataran Merdeka
Difahamkan, berlaku kekecohan di lokasi apabila individu yang menyertai demonstrasi itu bertindak agresif apabila dilihat melaungkan slogan ‘hidup rakyat’. Tindakan itu menyebabkan perarakan tersebut terhenti selepas pihak polis memberi teguran untuk menjaga penjarakan fizikal.
Perarakan bersurai
Walau bagaimanapun, perarakan tersebut telah bersurai sekitar jam 1 petang dalam keadaan aman dan tiada sebarang penahanan dibuat.
Polis panggil penganjur dan peserta perhimpunan
Menerusi laporan Harian Metro, penganjur dan peserta yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ akan dipanggil polis untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, sepanjang tempoh PKP sebarang perhimpunan walaupun secara aman tidak dibenarkan.
“Tindakan itu telah melanggar arahan PKP dan penganjur serta semua pihak yang terlibat akan diambil tindakan”
Dalam pada itu, polis menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai mana-mana perhimpunan sepanjang tempoh PKP kerana tindakan seperti itu boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.