Polis Berpangkat Inspektor Ditahan Kerana Culik Dan Rogol Dua Wanita Semasa Sekatan PKP

Kehidupan

Polis Berpangkat Inspektor Ditahan Kerana Culik Dan Rogol Dua Wanita Semasa Sekatan PKP

Jarang kita mendengar berita sebegini rupa tetapi inilah yang telah berlaku.

Baca: Pihak Berkuasa Mula Buat ‘Spot Check’ Beg Rider Foodpanda Dan Grabfood, Selepas Tular Video Jual Rokok Seludup

Advertisement

Baru-baru ini dikhabarkan seorang pegawai polis telah ditahan kerana disyaki telah terlibat dengan kes culik dan merogol dua wanita berbangsa Mongolia semasa menjalankan sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Petaling Jaya.

Wanita itu diculik di sebuah hotel di Petaling Jaya

Gambar Hiasan

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila kedua-dua wanita itu ditahan ketika sekatan jalan raya pada Jumaat malam yang lepas dan telah dikurung di sebuah hotel berdekatan selama lebih 24 jam sebelum ditemui oleh pihak polis yang sedang melakukan dua serbuan di kawasan Petaling Jaya kira-kira pukul 9.30 pagi.

Semasa siasatan dijalankan dikatakan, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 20 dan 37 tahun itu tidak mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris mahupun Melayu dan terpaksa menggunakan bantuan daripada sahabat mangsa untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun pihak polis telah menzahirkan rasa kecewa atas kejadian itu.

Kami menjalankan operasi yang diketuai timbalan saya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, kerana kes itu bersifat sensitif.

Kami perlu menjalankan pengawasan sebagai keutamaan bagi memastikan kedua-dua wanita itu tidak lagi dalam keadaan berbahaya.

Mangsa tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Gambar Hiasan

Walau bagaimanapun, polis mempercayai bahawa kedua-dua mangsa ini ada terlibat dengan aktiviti berunsur maksiat, dan pihak polis akan meneruskan siasatan berkenaan kes ini terlebih dahulu.

Pegawai polis terbabit telah ditahan di lokasi berasingan dari tempat kejadian dan direman selama lima hari bermula Ahad dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...