Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Guna Kurier

Trending

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Guna Kurier

Boleh dikatakan, kita sering saja dengar tentang berita mengenai jenayah dadah yang dilihat semakin menjadi-jadi khususnya di negara kita sejak kebelakangan ini. Ramai individu yang bertindak melakukan jenayah ini kerana aktiviti mengedar dadah ini mampu mendatangkan keuntungan yang sangat tinggi.

Jenayah melibatkan dadah ini termasuklah penyalahgunaan dadah oleh seseorang individu, mengedar dadah dan juga memproses dadah. Lebih menyedihkan, individu yang terlibat dengan jenayah dadah ini meliputi banyak peringkat umur. Ia berpunca daripada sikap acuh tidak acuh sesetengah individu tentang permasalahan ini.

Advertisement

dadah
3 years ago

Peniaga Online Kantoi Hidup Mewah Jual Dadah

Tanpa kita sangka, ada individu yang bertindak menyalahgunakan perkhidmatan kurier untuk mengedar dadah. Menurut Harian Metrotrend penghantaran barangan menggunakan kurier kini sudah menjadi modus operandi terbaru sindiket pengedaran dadah di Kuala Terengganu.

Dengan mengisytiharkan bungkusan barangan sebagai bahan kosmetik, sindiket terbabit dikatakan licik melakukan penghantaran dadah kepada rangkaian pengedaran di seluruh daerah negeri ini.

Namun begitu, taktik tersebut berjaya dikesan polis sebelum merampas tiga bungkusan dadah secara berasingan masing-masing dua di Kuala Terengganu dan satu di Marang sejak Jun lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung, rampasan yang dilakukan oleh pihak polis tersebut dilakukan dengan kerjasama syarikat perkhidmatan tersebut.

Ketika rampasan dilakukan, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an semasa dia melakukan urusan penghantaran bungkusan ‘dadah’ ke Kemaman.

Polis Rampas Dadah

Polis ketika menahan suspek semasa dia melakukan urusan penghantaran bungkusan ‘dadah’ ke Kemaman – Sumber Harian Metro

“Walau selicik manapun kegiatan pengedaran itu dilakukan, kita memiliki banyak saluran maklumat dan kerjasama diberikan syarikat kurier sangat baik,” kata Superintendan Tium Ming Kung

Tambah Supritendan Tium Ming Kung, hasil penahanan suspek lelaki tersebut, pihaknya telah berjaya merampas kira-kira 50 gram dadah jenis heroin.

Katanya lagi, pihak polis akan terus bekerjasama dengan syarikat penghantaran bagi mengesan dan melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di Kuala Terengganu ini.

Umum mengetahui, perkhidmatan kurier sememangnya banyak digunakan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, jangan lah kita menjadi individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan perkara tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...