Polis Berjaya Memberkas Kumpulan Penggodam ‘Anonymous Malaysia’

Trending

Polis Berjaya Memberkas Kumpulan Penggodam ‘Anonymous Malaysia’

Sebelas lelaki yang dipercayai kumpulan penggodam ‘Anonymous Malaysia’ berjaya ditahan polis dalam serbuan berasingan di seluruh negara.

Selepas melakukan risikan dan intipan yang terperinci, tujuh serbuah dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sekitar Lembah Klang, Johor, Perak dan Pahang.

Advertisement

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selaku Timbalan Ketua Polis Negara berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 40 tahun dan antaranya adalah pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.

“Pada masa ini, pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki baki suspek lain dibuat sebelum proses tangkapan susulan dilakukan”.

Anonymous Malaysia

“Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu dan setakat ini enam laporan polis diterima di seluruh negara”.

Beliau berkata demikian selepas melawat sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam pada Khamis lalu. Turut hadir sama Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, semua suspek yang ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997 disyaki kerana menjalankan serangan siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta.

Pada 26 Januari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah bagi mencegah dan dalam masa yang sama mengurangkan impak ancaman serangan siber.

Tindakan serius diambil berikutan ancaman untuk menggodam laman web kerajaan menerusi penularan satu video di media sosial atas nama ‘Anonymous Malaysia” di beberapa paltform media sosial.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...