Polis Berjaya Berkas Empat Individu Kes Samun Seorang Guru

Trending

Polis Berjaya Berkas Empat Individu Kes Samun Seorang Guru

Seperti yang kita tahu, jenayah samun bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam negara kita dan seringkali kita dengar berita tentang individu yang cedera akibat disamun.

Lebih teruk lagi dan agak menyedihkan apabila ada juga mangsa yang terkorban ketika ingin mempertahankan diri serta keluarga daripada disamun perompak yang tiada belas kasihan.

Advertisement

4 years ago

Langgar Sebelum Samun Dan Pecah Cermin Kereta, Empat Lelaki Tempatan Diberkas

Tidak dinafikan, kes samun ini sememangnya membimbangkan kita kerana kita juga boleh menjadi mangsa jenayah tersebut tanpa kita sedari.

Antara faktor terjadinya kes ini mungkin disebabkan kealpaan masyarakat yang membuka ruang kepada sesetengah individu untuk melakukan jenayah tersebut.

Kegiatan samun kediaman berjaya ditumpaskan pihak polis

Menurut Harian Metro, pihak polis berjaya tumpaskan kegiatan samun kediaman yang aktif sekitar daerah Iskandar Puteri susulan penahanan empat lelaki pada Khamis lalu.

Emapat lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 36 tahun telah diberkas dalam dua serbuan berasingan di Skudai pada 3.30 petang dan 10 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Memetik kata-kata daripada Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pihaknya berjaya mengesan kumpulan tersebut hasil laporan terbaharu kes samun di Jalan Pulai 2, Kangkar Pulai yang membabitkan mangsa wanita berusia 30-an.

Kejadian samun tersebut dilaporkan berlaku pada 9 Oktober pukul 2 pagi ketika mangsa yang masih bujang dan bekerja sebagai guru sekolah rendah sedang tidur di rumah milik keluarganya.

“Mangsa dilapor bersendirian ketika didatangi lima lelaki menggunakan parang sebagai senjata yang kemudian mengikat kaki dan tangannya menggunakan sarung bantal,” kata Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar.

Geng samun diberkas

Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar (dua dari kanan) menunjukkan lensa kamera dan barangan lain yang dirampas susulan penahanan empat lelaki pada Khamis lalu – Sumber Harian Metro

Kesemua suspek telah melarikan pelbagai barangan berharga termasuk beberapa kamera, lensa dan aksesori kamera dipercayai milik kakak ipar mangsa yang bekerja di Singapura.

Nilai keseluruhan kerugian yang dianggarkan adalah sebanyak RM70,000. Mangsa bernasib baik kerana dia tidak dicederakan serta dia sempat menghubungi talian MERS 999 untuk maklumkan tentang kejadian.

Tambah Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, serbuan pertama di hadapan restoran di Jalan Mutiara Mas 1/2, Taman Mutiara Mas, Skudai menahan dua suspek dan merampas Honda Accord, manakala serbuan kedua di sekitar Taman Universiti, Skudai memberkas dua lagi suspek.

Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek samun tersebut positif dadah

Kesemua suspek tersebut mempunyai rekod lampau dengan salah seorang daripada mereka mempunyai 24 rekod jenayah termasuk samun. Siasatan awal mendapati kumpulan itu baru diwujudkan dan aktif sekitar daerah Iskandar Puteri.

Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan memilih kediaman untuk disamun secara rawak khususnya rumah tiada penghuni. Keempat-empat suspek kini direman lima hari mulai 22 hingga 26 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...