Polis Ada Hak Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – Ketua Polis Negara

Berita

Polis Ada Hak Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh memeriksa telefon bimbit individu jika terdapat laporan polis, siasatan, atau syak wasangka jenayah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau menjelaskan, hak ini tertakluk di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis dan Seksyen 23(1) Kanun Tatacara Jenayah (CPC). Pemeriksaan juga dibenarkan untuk memastikan tiada kandungan lucah atau ancaman seperti yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement

Seksyen 249 AKM memberi kuasa untuk mendapatkan akses kepada data berkomputer, termasuk telefon bimbit.

 

Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah pula memberi kuasa untuk mengakses telefon bimbit yang ditakrifkan juga sebagai data berkomputer, ketika membuat pemeriksaan ke atas seseorang yang disyaki melakukan apa jua kesalahan jenayah.

Pemeriksaan boleh dilakukan tanpa waran jika terdapat risiko bukti dimusnahkan, tetapi kuasa memeriksa hanya diberikan kepada pegawai polis sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor. Pemilik telefon berhak mengetahui alasan pemeriksaan dan undang-undang yang digunakan.

logo PDRM

Razarudin juga menjelaskan bahawa dalam undang-undang lain pula, Seksyen 20(g) Akta Polis memberi kuasa kepada pegawai polis di mana seseorang itu perlu mempamerkan maklumat apabila diminta oleh pegawai berkenaan.

Justeru, tiada pihak boleh mempertikaikan kuasa memeriksa telefon bimbit ketika sekatan jalan raya, namun ia mesti dibuat secara berhemah dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, bukan sesuka hati tanpa sebab munasabah.

Selain itu, Seksyen 292 Kanun Keseksaan juga boleh digunakan ketika memeriksa telefon bimbit sekiranya hasil pemeriksaan menjumpai bahan-bahan lucah dan ia merupakan suatu kesalahan boleh ditangkap tanpa waran.

Begitu juga jika terdapat aplikasi judi dalam talian dalam telefon bimbit seseorang, ia adalah satu kesalahan jenayah boleh ditangkap tanpa waran mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

tangan pegang telefon bimbit

 

Orang awam akan ditahan jika enggan beri kerjasama, halang tugas polis

Beliau turut berkata, pemeriksaan tanpa waran boleh dilakukan sekiranya pegawai mempunyai sebab yang munasabah untuk percaya bahawa kelewatan dalam memperoleh waran geledah akan menjejaskan penyiasatan, seperti bukti dirosakkan atau dimusnahkan pemiliknya.

Dalam kes sedemikian, pihak polis boleh mengambil telefon berkenaan terlebih dahulu untuk diperiksa kemudian, dan keengganan memberi kerjasama boleh menyebabkan seseorang itu ditahan kerana menghalang tugas polis.

 

Telefon bimbit diambil daripada orang awam harus untuk tujuan siasatan yang relevan dengan sesuatu kes yang disiasat atau mengesyaki suatu kesalahan telah dilakukan seseorang.

Kesimpulannya, polis berhak untuk memeriksa telefon bimbit seseorang jika ada laporan polis dibuat terhadapnya, ada siasatan dijalankan terhadapnya ataupun polis mengesyaki orang itu terbabit perlakuan jenayah, selari dengan Seksyen 3(3) Akta Polis berkaitan peranan dan tanggungjawab polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

My50
2 months ago

“Mereka Bimbang Ia Mungkin Tercicir” - Anthony Loke Umum Penggunaan My50 Tidak Lagi Terhad Kepada MyKad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...