“Poligami Bukan Isu Yang Baru Muncul..” – Adi Putra Anggap Poligami Bukan Masalah, Lelaki Perempuan Sama Tak Sempurna

Hiburan

“Poligami Bukan Isu Yang Baru Muncul..” – Adi Putra Anggap Poligami Bukan Masalah, Lelaki Perempuan Sama Tak Sempurna

Memandangkan sekarang isu poligami kerap menjadi topik perbualan netizen, aktor terkemuka Datuk Adi Putra juga terpanggil untuk memberi sisi pandangannya dalam hal tersebut.

Pelakon ini berkata dia menganggap poligami itu sesuatu yang patut dihormati memandangkan ia adalah pilihan dan keputusan seseorang. Baginya itu juga adalah hak masing-masing sebagai seorang dewasa.

Advertisement

Tak kira mahupun lelaki ataupun perempuan semua tidak sempurna. Apa yang boleh saya katakan saya cuma menghormati saja kerana pilihan itu adalah pilihan mereka.

Poligami bukanlah isu yang baru muncul sekarang, ia wujud daripada zaman Baginda Rasulullah sendiri. Jadi itu bukan satu topik yang panas bagi saya kini.

Bukan itu sahaja, Adi juga berkata dia tidaklah terkejut apabila ditanya tentang soalan begini kerana isu poligami ini bukan sesuatu yang baru. Namun, tidak mahu terlalu terbawa-bawa dengan hal perkahwinan orang lain, dirinya bersangka lebih baik memberi perhatian kepada sesuatu yang lebih berfaedah.

Sambungnya, orang ramai sekarang terlalu fokus dengan tepi kain orang lain sehingga diri sendiri terleka dengan amalan empunya badan. Jadi, Adi turut menasihati netizen untuk tidak lupa dengan diri masing-masing yang mungkin telah hanyut daripada kebaikan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PU Syed
5 months ago

"Setahun Mengandung Dua Kali, Tak Sempat Sembuh Kena 'Bantai' Lagi!" - PU Syed Tegur Wanita 'Berangan' Nak Poligami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...