Malaysia selaku tuan rumah Sukan Sea ke-29 2017 melalukan perkara luar biasa dengan memberikan anak pokok sebagai cenderamata kepada pemenang pingat pada temasya kali ini.
Pemberian anak pokok ini adalah simbol kepada Green Games yang ingin dibawaka ke dalam Sukan Sea kali ini.
Anda segelintir pengguna media sosial malah pengacara untuk Sukan Sea bergurau dengan spesies anak pokok yang diberikan. Malah kami pernah terdengar yang seorang pengacara pernah bergurau bahawa anak pokok yang diberikan adalah anak pokok durian.
Program ini dinamakan satu pingat satu pokok (One Medal, One Tree) akan memberikan satu anak pokok kepada setiap peserta yang memenangi medal dalam acara yang dimenangi.
Pihak pengajur menyediakan 5,249 anak pokok untuk Sukan Sea kali ini yang mana mewakili medel dalam setiap acara. Hanya anak pokok pemenang pingat emas Malaysia sahaja yang akan ditanam di Bandar Sukan Kuala Lumpur selepas tamat acara Sukan Sea ke-29.
Ia dilakukan bertujuan untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya berlangsung di sini.
Malaysia telah melantik rakan kongsi Inisiatif Hijau dan anak pokok ini akan ditanam di bawah jejambat yang telah dibina bagi membolehkan hidupan liar merentasi kawasan tersebut.
Tiga jenis anak pokok yang diberikan pada acara Sukan SEA ke-29 adalah Pokok Salam, Beruas dan Jambu.