Pokok Lidah Mertua Kini ‘Digilai’ Ramai, Dikatakan Mempunyai Banyak Kebaikan

Kehidupan

Pokok Lidah Mertua Kini ‘Digilai’ Ramai, Dikatakan Mempunyai Banyak Kebaikan

Bagi yang suka menanam pokok pasti akan faham kepuasannya bila ada pelbagai tanaman sendiri di rumah. Bukan sahaja sejuk mata memandang, tapi penanaman pokok juga dapat membantu memberi kesegaran dan ketenangan.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pokok snake plant atau ‘lidah mertua’ yang dikatakan banyak kebaikan jika menanamnya di dalam rumah. Ia merupakan tanaman yang mudah dijaga dan diiktiraf NASA sebagai tumbuhan yang sesuai untuk kediaman kerana mampu membersihkan udara dan menghapuskan toksin.

Advertisement

Pokok ‘lidah mertua’ ini juga dikenali sebagai pokok lidah jin dan merupakan tumbuhan asli dari Benua Afrika. Nama saintifiknya adalah sansevieria trifasciata yang memiliki daun yang panjang dan runcing.

Pokok ini bukan sahaja sesuai ditanam di luar rumah, malah di dalam rumah juga sebagai indoor plant.

Rozila Hassan berkongsi di Facebooknya tentang pokok itu yang dahulunya dibiarkan tumbuh meliar tetapi kini menjadi rebutan dan pilihan semua orang untuk diletakkan sebagai hiasan di dalam rumah.

Menurut perkongsian Rozila ia kini laris dijual, malah harganya boleh mencecah ratusan ringgit jika ditanam di dalam pasu yang cantik dan besar.

Mampu menyerap habuk dan membantu masalah tidur

Pokok ‘lidah mertua’ turut dikatakan mampu menyerap habuk jika diletakkan di dalam rumah. Bagi anda yang ada mempunyai masalah susah untuk tidur, letak sahaja tumbuhan ini berdekatan dengan katil. Ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik sekaligus memberikan ketenangan dan membantu tidur yang lena.

Sumber (1) (2) (3)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...