Pokok Besar Jadi Tempat Tidur Tumbang, Lebih 50 Ekor Monyet Mati

Trending

Pokok Besar Jadi Tempat Tidur Tumbang, Lebih 50 Ekor Monyet Mati

Kira-kira 50 ekor monyet ekor panjang dilaporkan mati selepas pokok besar yang dipenuhi haiwan berkenaan untuk tidur tumbang ke atas padang sebuah sekolah di daerah Muang awal pagi Selasa 15 Jun lalu.

Advertisement

Memetik laporan Thai PBS, Pengarah sekolah Khao Wongkot, En Rangsan Kumtrakul berkata, adalah amat bernasib baik kerana pokok besar berkenaan tumbang ketika awal pagi di mana pelajar belum datang sekolah.

Menurut beliau, dia mengesyaki yang tanah pada bahagian bawah pokok berkenaan telah dihakis air kerana hujan lebat sejak kebelakangan ini sehingga menyeban pokok itu tumbang dan menghempap monyet yang tidur di atasnya selain dari terhempas kuat jatuh ke tanah.

“Semua monyet yang dijumpai mati adalah 52 ekor termasuk beberapa ekor yang masih kecil ditemui di bawah dahan pokok.”

“Saya amat sedih dengan kematian begitu banyak monyet kerana moyet-monyet ini sudah lama tinggal di sini dan sebati dengan sekolah, di mana mereka sering berkeliaran mencari makanan tetapi tidak mengganggu pembelajaran,” katanya.

Beliau dengan bantuan beberapa orang pelajar telah mengorek tanah di sekitar kawasan itu dan menanam semua monyet yang mati.

Manakala beberapa ekor monyet yang dijumpai cedera telah dihantar kepada pegawai klinik haiwan wilayah untuk rawatan lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...