“Poket Saya Pun Dah Tebal” – Daiyan Trisha Nafi Cari Lelaki Kaya Sebagai Pasangan

Hiburan

“Poket Saya Pun Dah Tebal” – Daiyan Trisha Nafi Cari Lelaki Kaya Sebagai Pasangan

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menolak tanggapan bahawa dia mencari pasangan berdasarkan kekayaan atau kemampuan kewangan.

Menurut Daiyan, 32, dia selesa berdikari dan menguruskan kewangan sendiri tanpa bergantung pada sesiapa.

Advertisement

Ujarnya kepada Kosmo!,

Saya tak perlukan lelaki berharta sebab kewangan saya sendiri sudah cukup stabil. Saya berdiri atas kaki sendiri, jadi isu ‘poket tebal’ bukan keutamaan.

Tambahnya lagi, dia lebih gemar mengenali seseorang secara berdepan berbanding hanya melalui mesej di media sosial. Baginya, hubungan hanya boleh berkembang jika ada keserasian dan personaliti yang sepadan.

daiyan trisha

Bercerita tentang lelaki idaman, penyanyi lagu ‘Penat’ itu tidak terlalu memilih dari segi umur atau status. Namun, ciri utama yang mencuri hatinya ialah sifat kelakar kerana orang yang pandai berjenaka dekat dengan jiwanya.

Walaupun tidak menolak kehadiran cinta, Daiyan mengakui fokus utamanya kini adalah pada kerjaya seni yang sedang melonjak. Katanya, ramai cuba mendekati termasuk mengajaknya keluar makan, namun dia lebih selesa berkawan secara umum, terutama dengan peminat.

Buat masa ini saya tidak terlalu terbuka untuk bercinta kerana karier lebih utama. Kalau bertepuk sebelah tangan pun nanti jadi tidak seronok.

Sebelum ini, Daiyan menafikan gosip yang mendakwa dirinya sudah berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang kenamaan.

daiyan trisha amt
2025-08-04 10:56:41

“Tak Ada Orang Lain Ke?” – Netizen Persoal Daiyan Trisha Menang Anugerah Melodi Terhangat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...