Meskipun sudah bertahun-tahun berlalu, namun kematian sadis menimpa arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) takkan pernah boleh dilupakan oleh kedua ibu bapanya.
Podcast eksklusif VOCKET yang menampilkan Zulkarnain dan isteri, Hawa Osman menceritakan secara terbuka tentang detik hitam dalam hidup keluarga mereka itu telah meraih perhatian ramai.
Menerusi potongan video daripada podcast yang berdurasi 1 jam 11 minit itu, mereka berdua berkongsi tentang detik ketika mereka perlu melakukan pengecaman identiti terhadap mayat Zulfarhan.
Masa di bilik jenazah, muka saja dia bagi tengok. Dia bagi maklumat pada saya adalah mati kebakaran. Saya minta izin, selimut tutup jenazah tu dibuka.
Alangkah terkejutnya Zulkarnain apabila mendapati keseluruhan badan anak sulungnya itu dipenuhi dengan kesan-kesan lebam.
Doktor terpaksa buka selimut. Di situlah baru kita nampak keadaan sebenarnya tubuh badan arwah. Lahirkan anak bersih cantik. Hantar anak pergi UPNM cantik bersih sihat tubuh badan, tapi kami terima (mayat) dalam diri dengan penyeksaan macam ni.
Kemaluan juga ditekap
Mengimbau kematian tragis anak mereka itu, Hawa kemudian menambah mengapa sehingga kini dia masih tidak boleh terima dan memaafkan kesemua tertuduh.
Bukan (hanya) keseluruhan badan tapi kemaluan arwah pun ditekap. Itu yang saya tak boleh nak terima sehingga kini perbuatan mereka (tertuduh) tu.
View this post on Instagram
Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan semua yang bersalah menerima hukuman namun Zulkarnain dan Hawa merasakan mereka masih belum mendapat keadilan yang sepatutnya dan akui akan terus berjuang agar kebenaran ditegakkan.