Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama sahaja lagi, jenama snek popular Pocky mengeluarkan satu perisa baharu. Pasti anda semua tertanya-tanya perisa apa kan?
Kalau melihatkan pada snek berwarna hijau ini dan citarasa asli tempatan apa agaknya yang bermain di fikiran anda? Tidak lain dan tidak bukan, pastinya cendol.
Pocky memperkenalkan perisa baharu cendol istimewa untuk citarasa tempatan. Sebagai tanda menghargai sokongan dari rakyat Malaysia, Pocky menggabungkan citarasa tempatan iaitu cendol dan snek popular ini.


“Penyediaan cendol di setiap negeri berbeza dan setiap negeri ada keunikannya sendiri. Kami juga yakin perisa baru ini sememangnya dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.”
Pocky perisa cendol boleh didapati di semua pasar raya berhampiran anda sementara stok masih ada. Kesemua produk Pocky dikilangkan di Thailand dan mendapat sijil Halal.
Pastinya perkongsian ini telah menjawab persoalan teka teki sebelum ini mengenai perisa baharu tempatan yang ingin diperkenalkan.