PMX Jamin Siasatan Serangan Terhadap Anak Rafizi Dilaksanakan Secara Segera & Telus

Berita

PMX Jamin Siasatan Serangan Terhadap Anak Rafizi Dilaksanakan Secara Segera & Telus

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kebimbangan terhadap budaya melampau yang semakin menular di negara ini, susulan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, serta insiden buli sehingga mengakibatkan kematian.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa bagi menghentikan budaya berbahaya tersebut. Katanya di Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri,

Advertisement

Budaya ini sangat membimbangkan, saya beri jaminan pihak polis akan bertindak segera, pantas dan telus untuk mengekang budaya jahat ini.

Sebelum itu, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengecam serangan ke atas anak Rafizi dan menuntut siasatan terperinci serta pendakwaan terhadap pelaku.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan bahawa anak Rafizi diserang di pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira jam 2 petang. Rafizi memaklumkan anaknya diheret seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum, dipercayai melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar menaiki motosikal.

rafizi ramli
2025-08-14 13:06:59

"Kemungkinan Anak Saya Disuntik Dadah, Racun, HIV Atau Air" - Rafizi Ramli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...