PMX Bincang Dengan Pemimpin Dunia Desak Isra*l Bebaskan Sukarelawan Malaysia

Trending

PMX Bincang Dengan Pemimpin Dunia Desak Isra*l Bebaskan Sukarelawan Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin utama dunia bagi mendesak pembebasan sukarelawan dan aktivis Malaysia yang kini ditahan rejim Israel.

Menurut Anwar, setakat petang ini beliau telah berhubung dengan Presiden Türkiye, Presiden Mesir, dan Perdana Menteri Qatar untuk mendapatkan sokongan penuh dalam usaha menekan Israel agar segera melepaskan tahanan.

Advertisement

 

View on Threads

 

Selain itu, beliau turut mengesahkan pasukannya sedang berhubung rapat dengan beberapa rakan antarabangsa lain, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bagi menuntut campur tangan segera tanpa sebarang kelewatan.

Tegas Anwar menerusi perkongsian di media sosial,

Sekali lagi saya tegaskan, kezaliman yang dilakukan rejim Israel mesti dihentikan serta-merta. Malaysia tidak akan berdiam diri apabila hak dan maruah rakyat kita diinjak.

Beliau dalam masa sama mendoakan agar semua aktivis dan sukarelawan yang ditahan dibebaskan segera, serta memastikan saluran bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza dapat disampaikan tanpa halangan.

suami yatt hamzah
2025-10-02 16:39:41

Yatt Hamzah Rayu Kerajaan Desak Isra*l Bebaskan Suami & Aktivis GSF - "Bawa Mereka Pulang Dengan Selamat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...