PMX Bertegas: Tiada Perlindungan Bagi Pelaku Dalam Kes Zara Qairina

Berita

PMX Bertegas: Tiada Perlindungan Bagi Pelaku Dalam Kes Zara Qairina

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir, pelajar yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama baru-baru ini.

Advertisement

Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai serius dan menuntut siasatan segera dan menyeluruh. Tegasnya ketika berucap dalam Majlis Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Sabah,

Kematian ini bukan soal yang ringan. Anak petani miskin di Kundasang kalau mati, itu tanggungjawab kita bersama untuk cari… bukan tuduh sesiapa.

Menurut Anwar, beliau telah berbincang terus dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan dijalankan tanpa campur tangan. Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada lebih 60 individu.

pmx bertegas

Beliau turut memberi amaran bahawa tiada siapa akan terkecuali daripada undang-undang, tidak kira status atau jawatan,

Siapa pun terlibat, tak kira Tan Sri, Datuk Seri, menteri atau anak menteri, kalau terlibat dalam jenayah, pembunuhan atau bersekongkol, tidak akan diberi perlindungan. Tetapi jangan memfitnah.

Tambah beliau, laporan penuh daripada pihak polis telah pun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. “Saya tidak campur dalam urusan siasatan kes Zara Qairina. Saya tanya supaya rakyat tahu,” katanya lagi.

2025-08-03 10:08:06

"Lain Kali Sensitif Sikit, Awak Tu Ada Pengaruh" - Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada 'Plot Twist' Dalam Kes Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...