PM:Selepas 515 Hari, Sepihan Pesawat Di Pulau Reunion Disahkan Dari #MH370

Trending

PM:Selepas 515 Hari, Sepihan Pesawat Di Pulau Reunion Disahkan Dari #MH370

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan satu kenyataan media pada pukul 1.48 pagi ini di laman Facebook milik beliau:

CLqeecwWgAAnimz

Advertisement

Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing telah hilang. Hari, minggu dan bulan yang berlalu selepas itu telah memberi kesengsaraan kepada ahli keluarga penumpang yang berada dalam penerbangan itu.

Kehilangan pesawat itu ialah sesuatu yang tidak dijangka. Pada setiap tahap, kita telah meneliti kesemua bukti yang wujud, walaupun paling kecil. Tetapi, walaupun diusahakan oleh 26 negara dan merupakan pencarian penerbangan paling besar dalam sejarah, dari Laut China Selatan sehinggalah ke Lautan Hindi, penerbangan itu tidak dapat dikesan.

Penyiasatan yang diketuai oleh pakar penerbangan dunia juga tidak dapat memberikan jawapan mengapa MH370 tersasar dari laluannya dan hilang. Walaupun kehilangan pesawat itu masih misteri, kita telah berkongsi kesedihan mereka yang tidak bertemu dengan penyelesaian.

CLqeXJkUwAQFI5M

Minggu lepas, pada 29 Julai, kita diberitahu oleh pihak berkuasa Perancis bahawa sebahagian dari bahagian sayap satu pesawat telah ditemui di Pulau Reunion milik Perancis di Lautan Hindi.

Hari ini, 515 hari setelah pesawat itu hilang, dengan berat hari saya perlu memberitahu bahawa satu pasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Reunion ialah dari penerbangan MH370.

Ini ialah satu kawasan yang terpencil, tidak dapat didiami dan berbahaya, dan bagi pihak Malaysia saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua negara dan individu yang terlibat dalam pencarian pesawat itu.

Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh ahli keluarga penumpang sepanjang tempoh kehilangan MH370 sukar diterjemah dengan kata-kata. Saya berharap dengan pengesahan ini, walaupun tragik dan memedihkan, akan memberikan satu kepastian kepada ahli keluarga dan kesayangan 239 individu dalam pesawat MH370. Mereka mendapat simpati dan doa dari kita.

Saya ingin meyakinkan kesemua yang terbabit dengan tragedi ini bahawa kerajaan Malaysia komited untuk melakukan apa yang terdaya untuk menyiasat apa yang sebenarnya terjadi di sebalik peristiwa ini. Kehilangan MH370 menandakan kita sebagai satu negara. Dan kita bersedih sebagai satu negara.

Dan saya berjanji bahawa Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang terkorban dalam penerbangan MH370.

Let’s wear masks and bring your own ram-themed puppets, masks, banners, or musical instrument and join the…

Posted by Malaysia International Mask Festival on Saturday, 1 August 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...