PM Yakin DIDIK TV KPM Dapat Membantu Proses PdPR

Trending

PM Yakin DIDIK TV KPM Dapat Membantu Proses PdPR

Inisiatif DIDIK TV yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedikit sebanyak membantu pelajar dalam proses pembelajaran secara atas talian.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin saluran DIDIK TV KPM dapat membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai akses internet untuk belajar.

Advertisement

Dalam masa yang sama, beliau berkata ibu bapa juga dapat memantau anak-anak mereka dengan meluangkan masa menonton saluran tersebut.

DIDIK TV KPM

“DIDIK TV KPM akan menyiarkan program berteraskan kurikulum serta kokurikulum KPM, dan saluran ini juga menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan dari peringkat prasekolah hingga Tingkatan Enam”.

“Ini termasuk program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid”.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap menyempurnakan pelancaran DIDIK TV KPM.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...