Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang menerima dos suntikan vaksin Covid-19 yang kedua sebagai pelengkap.
Suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech ini diberikan kepada PM pada jam 3.16 petang tadi di Klinik Kesihatan (KK) Putrajaya, Presint 18.
Turut sama menerima suntikan kedua ini adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Fasa 2 imunisasi negara dijadualkan bermula pada April hingga Ogos 2021 yang mensasarkan warga emas berusia 60 tahun ke atas iaitu sebanyak 9.4 juta.
Fasa 3 pula akan bermula pada Mei 2021 hingga Februari 2022 yang mensasarkan baki 13.7 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta warga asing.
Semoga segala usaha bagi membendung wabak ini berjalan dengan lancar.