PM Singapura Gesa Rakyatnya Kuasai Teknologi, Mungkin Pekerja Bakal Diganti Robot

Trending

PM Singapura Gesa Rakyatnya Kuasai Teknologi, Mungkin Pekerja Bakal Diganti Robot

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menggesa agar masyarakat Melayu/Islam di republik ini menguasai teknologi dan tidak melepaskan peluang untuk terlibat sepenuhnya dalam Ekonomi Baru.

Advertisement

“Jika ramai Melayu/Islam berjaya dalam Ekonomi Baharu perpaduan lebih teguh dan kita dapat sama-sama melindungi antara satu sama lain,” katanya dalam ucapan berbahasa Melayu beliau sempena “Rapat Hari Kebangsaan 2016” di ITE College Central, di sini, pada Ahad.

Lee berharap masyarakat Melayu/Islam akan merebut pelbagai peluang untuk meningkatkan kemahiran dan taraf kehidupan melalui SkillsFuture.

SkillsFuture ialah gerakan kebangsaan untuk menyediakan peluang kepada rakyat Singapura membangunkan potensi penuh mereka sepanjang hayat tanpa mengira bila mereka bermula.

Menerusi gerakan ini, kemahiran, semangat dan sumbangan setiap individu akan memacu fasa pembangunan seterusnya Singapura ke arah mencapai ekonomi maju dan masyarakat inklusif.

“Untuk berjaya dalam Ekonomi Baharu kita perlu kuasai teknologi baharu. Teknologi akan menggantikan pekerjaan dengan robot. Tetapi teknologi juga cipta peluang baharu seperti jurutera, saintis dan pencipta seperti Pokemon Go,” katanya.

Lee turut berkongsi kisah tiga anak Melayu yang berjaya dalam bidang masing-masing yang terlibat dalam penciptaan robot dan drone.

“Inilah komitmen pemerintah. Kami sediakan permulaan yang baik supaya anak-anak berjaya,” katanya.

Selain itu beliau turut menceritakan pengalaman semasa melawat Geylang Serai sebanyak dua kali ketika masyarakat Islam Singapura sedang membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri pada Jun lalu.

“Saya sempat ke sana sebanyak dua kali ketika Majlis Nyalaan Lampu. Hiasan lebih gah tetapi saya tidak sempat nikmati keindahan Geylang Serai pada malam itu. Saya tidak puas ini. Ini tidak boleh jadi. Malam raya saya dan Ho Ching (isteri beliau) pergi sekali lagi.. tiada protokol,” katanya.

“Mereka (Melayu/Islam) tersenyum dan riang. Mereka selesa dan selamat yakin antara satu sama lain dan kita hargainya. Kemakmuran dan perpaduan adalah identiti kita,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...