PM Dijangkakan Membuat Pengumuman Mengenai Perkembangan COVID-19 Pada Hari Ini

COVID-19

PM Dijangkakan Membuat Pengumuman Mengenai Perkembangan COVID-19 Pada Hari Ini

Dalam tempoh 4 minggu ini rakyat Malaysia telahpun menyaksikan satu perubahan yang cukup drastik terutamanya dari segi gaya hidup.

Tiada lagi sesi berjoging di taman, keluar berkelah, bersiar-siar di ibu kota ataupun pulang ke kampung halaman.

Advertisement

Ternyata ini satu perubahan yang telah memberi impak bukan sahaja dari segi gaya hidup, tetapi ramai penganalisa ekonomi berpendapat bahawa ia bakal menjejaskan pelbagai sektor ekonomi di negara.

Namun, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tetap ingkar dengan arahan kerajaan untuk kekal di rumah.

Tahniah diucapkan kepada majoriti mereka yang patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan.

baju kelawar

baju kelawar kini menjadi trend sewaktu PKP

Dr Noor Hisham telah memberi kenyataan bahawa data yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan akan dianalisa dengan terperinci untuk meramal jika jumlah kes COVID-19 akan melonjak atau sebaliknya.

Dr Noor Hisham Abdullah

Pada 9 April 2020, kes positif baru COVID-19 direkodkan sebanyak 109 kes.

covid 19

Pada hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat satu pengumuman mengenai langkah-langkah seterusnya untuk terus mebendung penularan COVID-19.

perdana menteri muhyiddin yasin

Kemungkinan juga, beliau akan mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah bermula pada 18 Mac yang lalu.

Adakah PKP bakal ditamatkan pada 14 April 2020?

Ramai yang berpendapat bahawa PKP perlu diteruskan supaya Malaysia mampu mencapai angka sifar dalam kes COVID-19.

oerintah kawalan pergerakan

Ada juga yang berharap agar PKP ditamatkan supaya rutin harian mereka boleh diteruskan seperti biasa.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Perdana Menteri Malaysia nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...