Semalam, tular satu video di platform media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas yang menolak daripada menerima bantuan dan hal itu telah membuatkan dirinya dihujani dengan pujian daripada warganet.
Warga emas buat ramai tersentuh hati
Melalui video yang dimuat naik di platform TikTok, pempengaruh yang dikenali sebagai Icha menghampiri warga emas terbabit dan bertanya mengenai status perkahwinannya, sebelum menawar untuk membelikan barangan dapur.
Namun begitu, warga emas berusia 80 tahun itu menolak tawaran tersebut dengan baik.
Tak apa, saya masak pakai dapur kayu, tak apa, terima kasih.
@cahayaicha__Kali pertama jumpa orang yang sangat kuat bersyukur dalam hidup nya
Hal lain yang lagi membuat warganet tersentuh hati apabila warga emas itu meminta pempengaruh tersebut memberi bantuan terbabit kepada individu yang lebih memerlukan.
‘Bantuan kebajikan RM600 dah cukup..’
Kata warga emas itu, dia selesa dengan kehidupan sekarang, ditambah pula menerima bantuan kebajikan sebanyak RM600 sebulan yang dipercayai daripada pihak kerajaan.
Saya sorang umur 80 tahun, tolong orang lain. Saya tak apa. Anwar (Perdana Menteri) ada bagi saya bantuan kebajikan RM600 sebulan. Semua cukup.
Tidak mahu membuat wanita tersebut terasa hati, warga emas itu hanya mengambil sekeping wang RM50 saja dan menjelaskan jumlah itu sudah cukup untuk menampung perbelanjaan makananannya selama seminggu.
Baki (wang) itu, you bagi orang lain lagi bagus.