Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk memberi kelonggaran berhubung prosedur operasi standard (SOP) ataupun sekatan pergerakan kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
Menurutnya, penilaian itu sebagai tanda bahawa kehidupaan rakyat secara beransur akan kembali normal sementara kerajaan menguruskan pandemik Covid-19.
“Saya telah meminta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang sudah dapat dua suntikan vaksin untuk diberi kelonggaran dari segi pergerakan mahupun makan di restoran” – Perdana Menteri
Cadangan itu diajukan bagi memberi petanda bahawa kehidupan rakyat mungkin akan kembali seperti masa-masa lepas.
Beliau memaklumkan hal tersebut selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Tambahnya, semua pihak perlu meletakkan keyakinan terhadap pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Bukan itu saja, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan menjadi salah satu harapan kepada negara untuk mengatasi krisis yang melanda negara sekarang.