Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) akan membuat pengumuman khas untuk penghargaan buat rakyat pada hari esok, Rabu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di laman media sosial, Facebooknya.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menanti pengumuman tersebut dan mengharapkan agar ia bermanfaat buat rakyat untuk jangka masa yang panjang.
Sekadar info, pada Sabtu lalu, PMX sewaktu memberi ucapan di Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang berkata dirinya akan membuat pengumuman ‘penghargaan luar biasa’ untuk rakyat Malaysia tidak lama lagi dan memerlukan sedikit lagi masa.