Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Natal dan Tahun Baru ini PLUS Berhad akan menutup 97 lorong tambah nilai di Plaza tol Plus yang akan bermula pada hari ini hingga 2 Januari depan.
Berikutan penutupan lorong tambah nilai ini pengguna dinasihatkan menyediakan baki yang cukup bagi melancarkan dan mengawal pergerakkan lalu lintas.
Pengguna boleh menambah nilai kad mereka di mana-mana 66 lokasi terpilih, kiosk layan diri yang disediakan menerusi Aplikasi PLUS Mobile atau Portal Touch ‘n Go.

Sumber Berita: PLUS Berhad