Plot Twist ‘Mind Blown’, Mati Hidup Semula Untuk Misi Balas Dendam Dalam Again My Life

Branded

Plot Twist ‘Mind Blown’, Mati Hidup Semula Untuk Misi Balas Dendam Dalam Again My Life

Kalau diberikan peluang untuk hidup semula dan ‘membetulkan’ kembali keadaan. Adakah anda akan terima atau lebih rela menerima suratan takdir?

Itulah pilihan yang diterima Kim Hee Woo lakonan Lee Joon Gi seorang pendakwa raya yang berdedikasi menjalankan tanggungjawab menentang ketidakadilan dan korupsi. Malang bagi Hee Woo apabila sifatnya ini menyebabkan dia ‘dibunuh’!

[AMARAN SPOILER]

Untuk pengetahuan anda, Again My Life merupakan siri Viu Original adaptasi daripada webtoon terkenal dengan tajuk yang sama.

Again My Life

Kisah bermula apabila Kim Hee Woo ingin menyingkap salah laku dan rasuah oleh ahli politik bernama Cho Tae Sub (Lee Geung Young). Namun, apa yang dia tidak ketahui ialah lelaki ini merupakan ‘kuasa mutlak’ yang mempunyai hubungan dari segi politik dan perniagaan. Senang cakap ada kabel kuat.

Imejnya yang ‘bersih’ dimata masyarakat juga membuatkan ramai memaksa Hee Woo untuk menghentikan penyiasatannya. Tapi Hee Woo ni tak putus asa, lalu menyebabkan dia dibunuh dengan dibelasah dan ditolak jatuh bangunan.

Menerima suratan takdir dia bakal mati, muncul perempuan misteri berbaju merah yang menyingkap sejarah kehidupan lampau Hee Woo. 

Wanita itu datang dengan tawaran memberikan Hee Woo kehidupan kedua dengan syarat Hee Woo harus menyelesaikan misi yang dilakukannya sebelum dia dibunuh, dengan menjadi lebih kuat dan kejam.

 

Plot twist

Again My Life

Kalau anda rasa dia hanya ‘dihidupkan’ semula, anda SILAP! Hee Woo telah dikembalikan kepada kehidupan sewaktu dia berusia 20 tahun serta sebelum dia tekad menyambung pelajaran ke Universiti Hankuk dalam jurusan undang-undang dan kehilangan kedua ibu bapanya.

Mengetahui masa depan yang bakal ditempuh, Hee Woo berjaya mengubah beberapa tragedi yang telah terjadi dan membina rangkaian peribadinya dalam usaha menjatuhkan individu bernama Cho Tae Sub.

Again My Life

Apakah Hee Woo melakukan percaturan yang tepat atau permainannya bakal dibaca oleh musuh? Anda kenalah tonton sendiri siri eksklusif Viu Original, Again My Life ni. 

Berbaki 8 episod lagi, saksikan perjalanan Kim Hee Woo dalam misi membalas dendam, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu eksklusif hanya di Viu, https://bit.ly/3DRmagt.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...