Plot Twist Filem Thriller Korea Selatan ‘Forgotten’ Ini Pasti Buat Anda Termenung Selepas Menonton

Trending

Plot Twist Filem Thriller Korea Selatan ‘Forgotten’ Ini Pasti Buat Anda Termenung Selepas Menonton

Amaran: Artikel ini mengandungi spoiler

Filem Forgotten merupakan filem bergenre thriller dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Jang Hang Jun pada penghujung 2017. Filem ini antara 80 filem Netflix Original yang ditayangkan di platform itu pada tahun 2018. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Kang Ha Neul, Kim Mu Yeol, Moon Sung Keun dan Na Young Hee.

Advertisement

Tak keterlaluan jika katakan, ini antara filem thriller yang sangat mind-blowing pernah ditonton setakat ini. Plot twist di dalam filem ini juga pasti akan buatkan anda termenung panjang dengan babak tak disangka-sangka. Nak tahu lebih lagi? Jom baca lebih lanjut.

Tahun 2017

netflix forgotten

Pada permulaan cerita, Jin Seok (Kang Ha Neul) dan keluarganya baru sahaja berpindah ke sebuah rumah baru. Mereka sangat gembira dengan keadaan di rumah baru walaupun terdapat sebuah bilik yang dikunci oleh pemilik sebelumnya.

Di dalam salah satu babak ketika mereka sekeluarga sedang makan malam, Jin Seok terdengar bunyi dari tingkat atas. Tetapi yang peliknya ahli keluarga yang lain tidak mendengarnya. Hanya dia saja yang kerap mendengar bunyi terutamanya waktu malam.

Konflik bermula

netflix forgotten

Pada satu malam ketika tidur, Jin Seok yang berkongsi bilik dengan abangnya Yoo Seok (Kim Moo Yeoul) melihat abangnya tiada di katil. Ini bukan kali pertama abangnya ‘hilang’ pada tengah malam begini. Kemuncaknya adalah apabila abangnya diculik dan kembali 19 hari kemudian.

Tetapi selepas kembali, abangnya tidak ada apa-apa ingatan tentang apa yang berlaku 19 hari yang lepas. Jadi betulkah dia diculik? Atau apa sebenarnya yang berlaku?

Jin Seok kemudian nekad untuk mencari jawapan tentang insiden itu. Dia juga dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan abangnya selepas dia kembali setelah hilang selama 19 hari. Yoo Seok juga kerap hilang di tengah malam dan Jin Seok secara senyap-senyap mengekorinya pada satu malam.

Itu bukanlah abangnya?

netflix forgotten

Selepas mengekori abangnya, Jin Seok melihat abangnya berada di lorong gelap dan seperti berurusan dengan satu kumpulan lelaki misteri. Daripada situ lah, Jin Seok berasakan lelaki itu bukanlah abangnya kerana kelakuannya sangat aneh. Contohnya, Yoo Seok selalu berjalan tempang tetapi selepas insiden itu dia berjalan dengan normal.

Jin Seok menceritakan semuanya pada ibu mereka dan memberitahu ada yang tidak kena dengan abangnya. Tetapi tidak diendahkan malah mereka sekeluarga menganggap Jin Seok berhalusinasi dan kerap bertanya sama ada beliau sudah makan ubat ataupun belum. (Dari permulaan cerita mereka sekeluarga kerap mengingatkan dia untuk makan ubat)

netflix forgotten

Pada satu malam Jin Seok dikejar oleh sekumpulan lelaki misteri dan berlaku babak kejar mengejar yang sungguh mendebarkan. Jin Seok akhirnya berjaya menyelamatkan diri dengan berlari masuk ke dalam balai polis.

Apa yang mengejutkan, ketika di balai polis dia melihat kalendar dan terkejut bahawa tahun itu adalah 2017 dan bukannya 1997. Jin Seok melihat wajahnya di cermin dan ternyata dia kelihatan seperti seorang lelaki tua. Tetapi kenapa Jin Seok ingat dia hidup pada tahun 1997 pada waktu itu?

Tahun 1997

netflix forgotten

Tahun 1997

Dipendekkan cerita, kita kembali kepada tahun 1997. Jin Seok sekeluarga termasuk ibu, ayah dan adiknya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ibu bapa nya meninggal dunia manakala adiknya kritikal dan memerlukan pembedahan segera.

Malangnya dia tidak mempunyai wang untuk membiayai pembedahan itu ditambah lagi kegawatan ekonomi dialami Korea Selatan pada tahun itu. Dia cuba mencari kerja namun gagal dan keadaan ekonomi negara mereka sangat teruk ketika itu.

Tiba-tiba satu hari, Jin Seok mendapat satu tawaran kerja secara atas talian dengan jumlah wang yang banyak ditawarkan oleh pengguna bernama Blue Beard. Tugasnya adalah untuk membunuh seorang wanita di sebuah kediaman.

“Bunuh wanita itu sahaja dan jangan usik dua anaknya yang lain.”

Semasa tiba di kediaman itu, dia mengubah fikirannya kerana tak sanggup untuk membunuh. Tetapi malangnya salah faham berlaku apabila wanita itu mula panik melihat penceroboh di dalam rumah. Jin Seok telah membunuh wanita itu dan anak perempuannya tanpa sengaja. Anak lelaki mangsa yang masih kecil ditinggalkan di dalam rumah dan tidak dibunuh.

Blue Beard sebenarnya adalah suami kepada wanita itu dan juga merupakan doktor kepada adik Jin Seok yang sakit di hospital.  Dia mahu isterinya dibunuh untuk dapatkan pampasan wang insurans kerana masalah kewangan yang teruk ketika itu. Jin Seok kemudiannya membunuh doktor itu tanpa sengaja.

Kembali ke tahun 2017

netflix forgotten

Ibu, bapa dan abangnya, Yoo Seok bukanlah keluarga sebenar Jin Seok seperti yang ditayangkan pada permulaan cerita. Mereka sebenarnya adalah sekumpulan penyiasat yang menyamar menjadi keluarga Jin Seok untuk membongkar kes pembunuhan itu.

Jin Seok telah di hypnotise dan mereka berlakon untuk membawa kembali ingatannya pada tahun 1997. Oleh kerana tekanan yang melampau, memori tentang malam pembunuhan itu terpadam dari ingatan Jin Seok. Ubat yang kerap dimakannya itu adalah pil yang dibekalkan pasukan penyiasat supaya dia terus berada dalam keadaan di hypnotise.

Untuk tahu perkara sebenar tentang insiden pembunuhan itu, kumpulan penyiasat ini terpaksa melakonkan semula watak-watak keluarga Jin Seok untuk kembalikan ingatannya tentang malam pembunuhan. Dan kenapa Yoo Seok begitu beriya-iya mahu selesaikan kes ini sehingga sanggup berlakon menjadi keluarga si pembunuh?

netflix forgotten

Ingat tak lagi budak lelaki kecil yang tak dibunuh pada malam pembunuhan?

Ya, itulah Yoo Seok sewaktu kecil. Selepas kematian keluarganya, dia diletakkan di bawah penjagaan rumah anak yatim. Wang pampasan insurans keluarganya habis kesemuanya diambil oleh saudara mara yang lain. Bukan sahaja dia tinggal sebatang kara malah tak ada saudara mara yang peduli tentangnya.

Dia merancang semuanya untuk membantu mendapatkan balik memori Jin Seok tentang malam pembunuhan. Dia juga mahu tahu siapakah dalang di sebalik pembunuhan itu. Sehinggakan dia sanggup berpura-pura menjadi abang kepada pembunuh keluarganya sendiri.

Pada pengakhiran cerita, Yoo Seok ada bertanyakan kepada Jin Seok siapakah yang mengupahnya untuk membunuh ibu dan kakaknya pada malam kejadian. Tetapi Jin Seok tidak sanggup memberitahunya dan terus membunuh diri. Yoo Seok yang baru sedar ayahnya adalah dalang sebenar, kemudian terjun dari bangunan dan mati.

Filem Forgotten boleh ditonton di platform Netflix. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...