June 24th, 2014

Susulan beberapa kontroversi yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini, Nabila Huda telah meminta orang ramai untuk menghormati dirinya. Luahan yang ditulis menerusi akaun Twitternya ini mungkin susulan kata caci-cacian oleh ayahnya sendiri, Amy Search. Iyerlah, kalau tak silap Nabila Huda sedang bercuti sekarang ini. Tup-tup ada cerita tak best macam ini pulak. Confirmlah tak ‘feeling’ bercuti.

nabila huda

Sementara itu, beberapa keping gambar Nabila Huda dan seorang lelaki yang dipercayai kekasih barunya telah mula tersebar di dunia Internet. Menurut informasi, lelaki bertuah yang berjaya mencuri hati Nabila ini digelar ‘Bert’ dan merupakan pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail. Hensem jugak si lelaki ini. Patutlah Nabila jatuh cinta.

nabila huda

Kepada Nabila, kalau boleh janganlah kongsi gambar yang boleh menimbulkan prasangka orang ramai di Instagram anda. Memang itu Instagram anda tetapi selaku seorang selebriti, diharap dapat lebih berhati-hati.


Comments are closed.

Loading...