“Please Be Punctual La. Ini Airbus Bukannya Bus.”, Bekas Staff AirAsia Perjelas Isu Viral Layanan AirAsia Tak Bagus

Trending

“Please Be Punctual La. Ini Airbus Bukannya Bus.”, Bekas Staff AirAsia Perjelas Isu Viral Layanan AirAsia Tak Bagus

AirAsia7781

Semua syarikat penerbangan di Malaysia ada sistem yang tersendiri dalam pengurusan penumpang dan barang-barang yang dibawa.

Advertisement

Tapi ada juga antara kita yang merungut sebab kelewatan dan perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan hati.

Semalam, seorang bekas staff syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang dikenali sebagai Mohd Izwan tampil perjelas isu berkenaan yang dah mula viral bermula semalam.

Salam. Saya nak buat hard explaination terhadap kawan baik saya yang kena viral ni. Sekarang ni musim aib kan orang kot sebab sikit2 nak viral.

 

Saya ex staff AirAsia dan last saya kerja dengan AirAsia X. Ni id last saya AAX1721. Aku gentle tak ada nak sembunyi2.

Sistem Pun Kena Ikut Time

Menurut akak ni, dia terlewat check in sedangkan flight time 50min lagi. Yes 50min. So the entire crew tak perlu buat preparation ke?

Awak ingat nak check in awak tu tak ada baggage nak bawak masuk? Ingat ramp staff boleh ikut suka sumbat je beg masuk dalam kapal?

Aku nak tekan kan dekat sini, bila Counter dah Close Check In means, ramp staff dah tak boleh terima dah beg2 tu semua sebab diorg dah bawak beg2 yang ada masuk dalam kargo kapal! Itu sebab nya.

Airline is about punctual, bukan boleh ikut suka time passenger. Even tak ada check in baggage pun, system tetap dah close.

So macam mana nak bukak system kalau system check in tu dah close?? Come on la. System tu pun kena ikut time. Bukan kita suka2 tak bagi

Baca Term & Condition Yang Ditetapkan

Part paling best akak ni cakap, if AirAsia delay kan flight time tak mengapa, tapi kalau dia lewat tak boleh. Okey, flight delay bukan suka2 nak delay, ingat semua staff suka ke flight delay?

Ingat Pilot suka? Ingat Cabin Crew suka? Ingat Guest Service suka? NO! Flight delay adalah berpunca dari banyak sebab. Maintenance kapal, weather, ATC, Heavy traffic dan lain2.

Bukan suka2 delay sebab staff lambat datang. So before nak fight, baca dulu TERMS & CONDITION, jangan bukak aib orang sedangkan itu salah diri sendiri.!

Please Be Punctual. Ini Airbus Bukannya Bus

Ok let say kita lepas kan jugak passenger ni masuk, so kalau ramp staff punya officer mengamuk macam mana? Ramp staff hantar balik beg tu keluar tapi passenger dah ada dalam boarding area, so macam mana? Lagi korang malu.

Staff silap2 kena deduct salary tau tak? So bukan staff tak boleh tolong, tapi korang sendiri tak nak tolong diri korang. Ini bukan soal company nak kaut untung ke apa, tapi diri sendiri tu silap.

Tak kan la di sebabkan ko lambat semua satu kapal kena delay? Tak kan the whole aircraft kena tunggu ko sorang jalan terhegeh2 sampai pintu kapal? Please be punctual la. Ini Airbus bukan nya Bus.

Lagi pun kenapa tak guna Mobile Check In? Takkan tak ada smart phone? Kalau viral kan berita macam ni ada plak masa nak tulis karangan, mobile check im tu berapa saat la sangat nak buat. Melayu Melayu.

 

Lagi satu, apa cik kak dpt viral kan kwn saya ni? Happy? Puas hati?

Dapat balik flight yg terlepas tu? Tak kan? Klau akak nak issue kan hal ni kat management pun tak valid.

Nak cakap staff rude?

Staff will not be rude kalau passenger tak rude. Aku dah biasa dah dengan passenger AirAsia ni, semua tau nak cepat, nak marah.

Pikir la sikit, staff kerja 12 jam sehari, beribu2 orang jumpa dalan satu hari, try to talk nicely la, sebab ko manusia aku pun manusia. Faham? So jangan jadi Islam yang suka viral kan orang.

Admin berharap para penumpang yang menaiki mana-mana pesawat penerbangan sila lah patuhi pada masa yang ditetapkan. Jangan mudah melenting sekiranya kelewatan penerbangan berpunca dari salah sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...