Playboy, Curi Bini Orang, Anak Datuk – Ammar Alfian Tempelak Watak Tipikal Drama Melayu

Hiburan

Playboy, Curi Bini Orang, Anak Datuk – Ammar Alfian Tempelak Watak Tipikal Drama Melayu

Pelakon Ammar Alfian yang popular menerusi watak Jeb dalam filem Paskal menerusi akaun Instagramnya mengatakan kebanyakan drama Melayu sekarang hanya memaparkan watak tipikal dengan jalan cerita yang sama sahaja.

Advertisement

Tiada langsung perubahan untuk menghasilkan skrip yang berkualiti. Ammar tertanya-tanya apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan kepada penonton dengan watak klise sebegitu?

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ammar dan mengakui isu ini juga salah satu sebab mengapa drama Melayu kurang mendapat sambutan.
Kata mereka, penerbit dan penulis skrip hanya memikirkan keuntungan sahaja sehingga tidak sedar ramai yang sudah mengkritik hasil karya tempatan ibarat sampah.

Tidak dinafikan ramai yang merasakan drama tempatan sangat penuh dengan cerita cinta khayalan, kahwin paksa, anak orang kaya playboy dan macam-macam lagi. Penonton sudah bosan dan mahukan karya yang lebih ‘fresh’. Apa pula kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...