Baru-baru ini, ibu mentua kepada Jofliam iaitu Izayati Mustaffa (ibu Dewi) telah mencetus kontroversi apabila dia didakwa mengeluarkan kenyataan yang penuh dengan sindiran.
Melalui akaun peribadinya di Threads, dia memuat naik dua coretan panjang yang seakan-akan menyelar seseorang yang dikatakan terlalu insecure dan sanggup mencipta cerita palsu kerana tidak boleh menerima kelebihan orang lain.
Menerusi hantaran pertama, dia menulis tentang bagaimana rasa insecure tersebut mendorong seseorang itu untuk melakukan pembedahan plastik seperti liposuction dan tummy tuck hanya untuk mencari pengesahan bahawa dirinya cantik.
Semuanya bermula dengan insecurity. Awak kena lalui pelbagai jenis pembedahan, pembedahan plastik, tummy tuck, liposuction, hanya untuk dapatkan kepastian yang awak cantik.
Tambahnya lagi, apabila orang lain pula dipuji, rasa tak yakin itu muncul semula dan mula melihat mereka sebagai ancaman.
Bila ada orang lain yang dipuji, awak jadi insecure semula. Awak rasa terancam.
Lebih mengejutkan, dia mendakwa individu itu sanggup mencipta cerita berasaskan penipuan kerana tahu orang ramai akan mempercayainya.
Menerusi hantaran berikutnya, dia turut menyatakan bahawa peluang pernah diberikan kepada individu tersebut untuk membetulkan keadaan namun ia tidak dimanfaatkan.
Walaupun dia tidak mendedahkan secara langsung kenyataan tersebut dibuat untuk siapa, netizen beranggapan hantaran tersebut mungkin ditujukan kepada bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.