Tular di media sosial baru-baru ini apabila adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan ada memuat naik foto menghadiri sebuah acara lumba kuda di suatu lokasi yang tidak diketahui.
Foto itu kemudiannya dimuat naik kembali ke aplikasi X dan menjadi bahan bualan netizen di media sosial.
Ia menjadi bahan bualan gara-gara Ameera ada menulis bahawa dia ada meletakkan pertaruhan kepada perlumbaan tersebut.
Kata seorang individu, perbuatan Ameera itu sudah dikira berjudi apabila mempertaruhkan pelumba mana yang akan memenangi perlawanan kuda dalam acara itu.
Namun, ada juga yang mempertahankan tindakan Ameera dengan mengatakan mungkin gadis itu tidak tahu akan pertaruhan tersebut adalah judi.
Sebelum ini, Neelofa pernah memaklumkan bahawa ahli keluarga sering menasihati adik beradik terutamanya Ameera yang sering sahaja terpalit kontroversi mengenai isu berpakaian seksi dan menjolok mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.