Bagi kaki bola, kehangatan dan debaran makin terasa dengan bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris (PL) 2025/26!
Cakap pasal bola, dekat mana lagi nak layan kalau bukan di Astro? Apa yang lagi istimewa, musim ini Astro lancarkan One for the Fans. Apa tu?
One for the Fans adalah cara Astro meraikan die hard fans kaki bola yang tidak pernah terlepas satu perlawanan pun. Tak kisahlah bersama keluarga yang menonton bersama setiap hujung minggu atau layan bersama rakan-rakan untuk kemeriahan berganda.
One for the Fans untuk peminat bola sejati
Kenapa Astro komited bawakan yang terbaik untuk peminat setia bola?
Liputan Terbaik
Kesemua 380 perlawanan disiarkan secara langsung diselangi analisis pakar, perlawanan terpilih dalam 4K UHD dan ulasan dalam pelbagai bahasa.
Acara Bersama Peminat & Sesi Tontonan Bersama
Paling meriah semestinya bila dapat berkumpul layan bola di skrin gergasi restoran mamak, sama-sama bersorak bila score, dapat vibe macam dalam stadium!
Peraduan & Hadiah Menarik
Bukan tu je, Astro juga buktikan penghargaan dengan ganjaran dan barangan eksklusif, pengalaman hari perlawanan dan peluang sekali seumur hidup saksikan perlawanan kegemaran secara langsung di UK.
Penglibatan Peminat yang Lebih Luas
Dari takeover media sosial sampailah gegak gempita sorakan peminat, peranan mereka ini semestinya amat penting dalam setiap perlawanan.
380 perlawanan wajib layan
Kesemua 380 perlawanan boleh ditonton secara LIVE di Astro, sooka dan NJOI. Perlawanan pertama telah bermula pada 15 Ogos, jadi jangan terlepas untuk perlawanan pasukan kegemaran korang.
Astro: Pelanggan Pek Sports Astro akan mendapat akses ke semua perlawanan di saluran Astro Premier League, dengan beberapa perlawanan terpilih tersedia dalam 4K UHD melalui Ultra Box.
sooka: Strim semua perlawanan dengan pelan Sports & Entertainment dan ke atas. Untuk tontonan melalui TV, pelanggan boleh melanggan Pelan Premium sooka dan menikmati tawaran istimewa laman web selama 3 bulan bermula dari RM29.60/bulan.
NJOI: Tonton perlawanan dengan Pek Sports Mega dengan harga RM15*/hari, RM47*/30 hari, RM103*/90 hari dan RM138*/120 hari. Nikmati akses percuma selama 30 hari ke Pek Sports Mega dengan pembelian NJOI Box, bermula dari hanya RM162. Tersedia di njoi.com.my.
Pek Sports Astro One serendah RM99.99 sebulan
Liga Perdana Inggeris musim ini, pelanggan baharu dan sedia ada yang bukan pelanggan Pek Sports boleh melanggan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/bulan.
Jangan terlepas setiap aksi di atas padang, sorotan gol menarik, isu-isu terhangat PL dengan melanggan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/bulan.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan. Layari http://www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.