PKR Kemuka Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Yang Ke-8?

Trending

PKR Kemuka Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Yang Ke-8?

Persoalan tentang siapakah yang bakal mengambil alih tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang ke-8 masih lagi menjadi tanda tanya. Berdasarkan sesi temu bual yang dijalankan oleh Yang Di Pertuan Agong di istana, beberapa Ahli parlimen PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan jawatan itu.

Baca: Selepas Berikan KFC Percuma, Yang Dipertuan Agong Berkenan Berikan McDonald’s Pula Kepada Pengamal Media

Advertisement

Beberapa Ahli Parlimen PKR yang ditemui mengaku mempersembahkan nama Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini. Antaranya ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew yang memberitahu sudah menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kami bagi sokongan penuh (kepada Anwar) sebagai Perdana Menteri ke-8. Baru sebentar tadi kami tandatangan SD (akuan bersumpah) dan setakat ini PKR berdiri di belakang Anwar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memberitahu bahawa PKR yakin mendapat sokongan dari ahli parlimen bagi membentuk kerajaan. Manakala, Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, PKR akan mengeluarkan satu kenyataan media hari ini.

Sebelum itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Istana Negara pada 12.40 tengah hari diikuti bas membawa pemimpin mereka pada 12.50 tengah hari. Sebahagian pemimpin yang berada di dalam bas melaungkan ‘semuanya okay’ kepada media yang berkumpul di hadapan Istana Negara.

Menurut pengamal media, senyuman yang terukir diwajah kebanyakan Ahli Parlimen PKR juga menunjukkan seolah-seolah pertemuan mereka dengan baginda yang juga Ketua Negara, berlangsung dengan baik.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...