PKPP: Semua Sekatan Jalan Raya Rentas Negeri Dihentikan Menjelang Tengah Malam Tadi

Trending

PKPP: Semua Sekatan Jalan Raya Rentas Negeri Dihentikan Menjelang Tengah Malam Tadi

Menjelang tengah malam tadi, semua sekatan jalan raya di seluruh negara dihentikan, selepas kerajaan kini membenarkan pergerakan merentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.

Walau bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya masih melaksanakan sekatan jalan raya bagi tugasan-tugasan khas seperti Ops Mabuk dan samseng jalanan.

Advertisement

Bernama yang membuat tinjauan di Plaza Tol Gombak, mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas membuat sekatan jalan raya di sana telah mula mengalihkan kon serta khemah di lokasi itu.

Beberapa kenderaan juga dilihat telah mula keluar dan masuk dari ibu negara serta keluar menuju arah pantai timur untuk ke destinasi masing-masing bermula 12 tengah malam tadi.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...