Menjelang tengah malam tadi, semua sekatan jalan raya di seluruh negara dihentikan, selepas kerajaan kini membenarkan pergerakan merentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.
Walau bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya masih melaksanakan sekatan jalan raya bagi tugasan-tugasan khas seperti Ops Mabuk dan samseng jalanan.
Bernama yang membuat tinjauan di Plaza Tol Gombak, mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas membuat sekatan jalan raya di sana telah mula mengalihkan kon serta khemah di lokasi itu.
Beberapa kenderaan juga dilihat telah mula keluar dan masuk dari ibu negara serta keluar menuju arah pantai timur untuk ke destinasi masing-masing bermula 12 tengah malam tadi.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.