Terkini! Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu ia dilaksanakan.
Jika PKP masih dilaksanakan, sudah pasti ia akan memberi kesan yang lebih buruk kepada ekonomi negara.
PKPB selama 3 bulan selepas PKP 4 minggu
Dr Noor Hisham juga memberi bayangan yang kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sebelum ini dilaksanakan akan diteruskan dan ia akan berjalan selama tiga bulan mendatang sehingga berjaya menurunkan kes kepada dua angka.
Tidak akan panjangkan PKP kerana jejas ekonomi
Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.
Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi. – Katanya.
Antara info penting dari PC maya bersama @DGHisham :
* KKM jangka kes harian positif #COVID19 kembali kepada dua digit pada Mei
* PKP paling lama 4 minggu & diganti PKPB
* 95/ 130 hospital swasta mampu rawat pesakit #COVID19
* MySejahtera versi baharu dalam 72 jam pic.twitter.com/jGDdiDFz6V— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) January 25, 2021
Seperti yang kita semua tahu, pihak kerajaan telah menyeragamkan tarikh tamat PKP 2.0 di seluruh negeri pada 4 Februari 2021 kecuali negeri Sarawak.