‘PKP Penuh, Ekonomi Mungkin Ditutup Jika Kes Covid-19 Gagal Dikawal’ – Surat EuroCham

COVID-19

‘PKP Penuh, Ekonomi Mungkin Ditutup Jika Kes Covid-19 Gagal Dikawal’ – Surat EuroCham

Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) menerusi sebuah surat kepada ahlinya memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mungkin dilaksanakan sekiranya kes penularan wabak Covid-19 gagal dikawal.

Advertisement

Memetik laporan Astro Awani, pelaksanaan PKP penuh tersebut meliputi penutupan hampir kesemua aktiviti ekonomi jika kes masih meningkat menjelang 4 Februari nanti.

sumber – The Edge Markets

Menurutnya lagi, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali ketika mesyuarat bersama EuroCham.

Beliau memberitahu bahawa, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pendirian jelas tentang penutupan sepenuhnya ekonomi.

Sebanyak 99 kluster COVID-19 di Malaysia adalah berkait dengan sektor pembuatan, dan pihak KKM percaya sektor itu punca utama kepada jangkitan.

Kata EuroCham lagi, asrama pekerja dan aktiviti seperti pengangkutan serta aktiviti sosial dikenal pasti sebagai punca masalah. Oleh itu, MITI bersama Dewan Perniagaan telah menggariskan beberapa langkah.

Syarikat akan melantik sekurang-kurangnya seorang wakil dari bahagian sumber manusia untuk menyelaras pekerja dan pekerja asing di asrama. Ia bagi mengurangkan pergerakan serta aktiviti sosial.

Syarikat perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan pekerja asing atau perumahan mereka yang dilantik melalui agensi.

Advertisement

Terdapat kes di mana keadaan rumah yang teruk serta pengangkutan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sekali gus menyebabkan kadar jangkitan meningkat.

Selain itu, syarikat turut dituntut menyediakan ruang kuarantin asas di asrama bagi memastikan kes di bawah pemantauan, kontak rapat dan kes positif boleh diasingkan.

Pihak syarikat perlu memastikan jumlah pekerja dalam setiap kenderaan pekerja adalah di bawah 50 peratus bagi memastikan adanya penjarakan fizikal.

Tambah EuroCham, sektor pembinaan turut disebut menjadi punca penularan.

MITI merayu kepada semua syarikat asing dan tempatan untuk bersama-sama berusaha mengurangkan dan memutuskan rantaian jangkitan demi memastikan ekonomi terus dibuka untuk perniagaan.

Namun perkara tersebut dibincangkan secara ringkas memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa MITI.

Kredit: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...