PKP Fasa Ke-2: Premis Perniagaan Dibuka 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja

Trending

PKP Fasa Ke-2: Premis Perniagaan Dibuka 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja

Kerajaan kini sedang bertungkus lumus dalam mencari pelbagai kaedah supaya dapat memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung dengan kadar segera. Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah 14 hari dijalankan, masih lagi ada rakyat yang ingkar.

Disebabkan oleh itu, bermula 1 April ini, semua premis perniagaan dan kedai di seluruh negara hanya dibenarkan untuk membuka pintu mereka daripada 8 pagi hingga 8 malam sahaja. Premis perniagaan yang terlibat ialah pasar raya, stesen pam minyak dan kedai runcit di kawasan kejiranan.

Advertisement

Tambahan lagi, kesemua perkhidmatan e-hailing, ride-sharing dan perkhidmatan teksi juga hanya akan beroperasi selama tempoh 16 jam yang telah ditetapkan tersebut. Namun, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan tren akan beroperasi seperti biasa iaitu 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

perintah kawalan pergerakan fasa kedua

Prosedur baru ini ialah sebahagian daripada fasa kedua PKP namun ditegaskan ianya ternyata berbeza dengan perintah berkurung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dijalankan di beberapa tempat di dalam negara kerana berisiko tinggi untuk menambah bilangan pesakit positif COVID-19. Jadi, rakyat yang tinggal di luar kawasan PKPD masih bebas bergerak untuk perkara penting sepanjang tempoh kuarantin ini.

Sedikit kelonggaran diberikan kepada sesiapa yang autistik dan merupakan orang kelainan upaya. Mereka dibenarkan untuk mendapatkan terapi seperti yang dinasihatkan oleh pakar tetapi tidak dibenarkan bergerak dalam kumpulan.

Diharapkan rakyat Malaysia bekerjsama dengan pihak berkuasa bagi membendung wabak COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...