PKBM Akan Berbincang Dengan KBS Untuk Proses Suntikan Vaksin COVID-19 Atlet Duo Negara

Trending

PKBM Akan Berbincang Dengan KBS Untuk Proses Suntikan Vaksin COVID-19 Atlet Duo Negara

Berkenaan suntikan vaksin Covid-19 kepada dua atlet berbasikal negara iaitu Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung penerimaan vaksin kepada mereka berdua.

Presiden PKBM iaitu Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, PKBM perlu mendapatkan input daripada KBS dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Advertisement

duo negara

“Setakat ini belum ada apa-apa makluman yang kami terima daripada KBS mahupun MOM berhubung penerimaan vaksin buat Azizulhasni dan Shah FIrdaus yang kini berada di Melbourne, Australia”.

“Sudah tentu kami cukup mengamati betul-betul setiap makluman yang dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican”.

Beliau juga berharap proses berkaitan suntikan vaksin buat mereka berjalan dengan lancar memandangkan mereka berdua telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.

atlet duo negara

“Kalau diikutkan memang mereka berdua termasuk dalam kategori atlet yang disebutkan KBS, tetapi dalam keadaan sekarang, situasi mereka di luar negara, tak tahu bagaimana”.

Beliau menjelaskan perlu mendapatkan makluman daripada pihak yang berkaitan dan yang paling penting, mereka berdua perlu fokus dengan latihan di luar negara.

SUMBER

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...