Pizza Wagyu Jofliam Peroleh Tangga 99 Daripada Top 100 Terbaik Dunia – “Kejayaan Saya Mungkin Tidak Dihargai”

Kehidupan

Pizza Wagyu Jofliam Peroleh Tangga 99 Daripada Top 100 Terbaik Dunia – “Kejayaan Saya Mungkin Tidak Dihargai”

Meskipun ruamh tangga sedang dilanda kemelut dan badai, usahawan Jofliam dilihat sempat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Jofliam memaklumkan pizza wagyu ciptaannya telah mendapat kedudukan ke-99 daripada Top 100 The Best Pizza 2024.

Advertisement

Pertandingan mencipta pizza yang berlangsung di Milan itu dianggap sebagai satu kejayaan terbesar buat Jofliam dan suami kepada pensohor media sosial Cik Epal itu menganggap ‘tugas’ membawa nama Malaysia ke mata dunia sudahpun selesai.

pizza wagyu jofliam no 99 dunia

Saya tahu isu panas hari ini akan buat pencapaian ini tak dihargai. Saya dah tak nak menjadi contoh yang tak baik pada sesiapa.

Jika bukan hari ini, mungkin satu hari nanti akan ada yang menghargai kejayaan ini. Maafkan saya semua. Jaga diri.

Terdahulu, nama Jofliam terpalit dengan isu curang apabila dia tampil membuat kenyataan penafian yang mengatakan dia bermain kayu tiga dalam perkahwinan bersama seorang pekerja bernama Dewi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cik epal jofliam
3 months ago

Cik Epal Enggan Jaja Kisah Kemelut Rumah Tangga - "Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...